| Aisya Sufiah's Blog |
ABOUT ENTRY LINKS STUFF FOLLOW Dashboard



Hukum Hudud!!
Thursday, October 23, 2014 • 11:09 PM • 0 comments
Assalamualikum...Holla..^^

Alhamdulillah..akhirnya saya berpeluang untuk menulis cerita di blog ini lagi...Lama jugakkan saye x upload..Maklumlah..busy sikit...Thn ni saye amik UPSR..Korang mcm lah tak tau ape jadi dgn UPSR 2014..Fuhh..Penat betull..Disebabkan tamak sangat..Semua calon UPSR 2014 jadi mangsa..sampai kena Jawab soalan 2 kali..mne penah jadi dlm sejarah...Hurmm..Appape pun.kite kena redho je..

Okey..Balik pada Tajuk diatas..Apakah yang dimaksdkan dengan hukum hudud dalam Islam ye..? Kalau korang perasan,sejak kebelakangan ni,masyarakat kerap berbicara tentang hudud...Sampaikan ade sorang kawan saye ni..Razin namenye..Cikgu suruh buat karangan...Sampai tajuk hudud pun dimasukkan dalam karangannya..Entah apa tajuk karangan yang cikgu saya beri..saya sudah lupa..:p ish ish ish...

okey2..lupakan pasal kawan saya itu..skarang ni masyarakat kerap berbicara tentang hukum hudud kerana kadar jenayah di dunia masa  kini kian meruncing di kalangan masyarakat kita.Namun,ada segelintir pihak yang menganggap hukum hudud ini kejam dan zalim..hmm..Tidakkah kita merasa hukum hudud ini dapat menjamin masa depan masyarakat islam yang berjaya menempis diri daripada menjadi seorang yang kejam dan zalim..? Korang yg anggap hukum ni kejam tak terfikir ke kadar jenayah akan berkurangan sekiranya hukum hudud ini dilaksanakan mengikut Al-Quran dan Sunnah..?


Contohnya...Pada satu malam,Seorang 'mat rempit' telah membawa motosikal dengan cara yang merbahaya.Tiba-tiba dia terlanggar seorang pak cik tua sehingga meyebabkan kematian.Tahukah korang apa hukuman yang akan diterima oleh mat rempit yang telah melanggar pak cik tersebut..? Jika mengikut akta undang-undang 'manusia' Seksyen 41(1) Akta pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda maksimum RM20 000,jika sabit kesalahan.Lesen memandu juga kan digantung serta-merta...betul atau tidak..?

Jadi,apa pula akan berlaku kepada mangsa..iatu pak cik tua tadi..? Apa pembelaan yang dia dapat..?Macam mna dengan waris dia..? Macam mana perasaan isteri dan anak-anaknya..? tak sedih ke..? Tak fikir sape nak tanggung makan minum diorang...Agak-agak duit denda RM20 000 tu akan diserahkan kpd keluargannya ke..?Dan adakah dengan nilai RM20 000 tu mampu menyelesaikan keluarga tersebut dan juga masalah masyarakat sekellingnya..?

Kita lihat pula bagaimana indahnya undang-undang Allah SWT ataupun hukum hudud ini menyelesaiakn masalah ini.

Berdasarkan undang-undang islam,kes ini diklasifikasikan sebagai membunuh separuh sengaja.Untuk menghukum penjenayah,pertamanya islam mengajarkan bahawa pihak keluarga berhak memutuskan sama ada penjenayah tersebut dihukum atau diberi keampunan.Bermakna bukan pihak kuasa atau makhamah atau pemimpin yang memutuskannya.

Langkah seterusnya,jika pihak keluarga tidak mahu memaafkan,barulah penjenayah tersebut akan dikenakan hukuman diat.Hukuman diat adalah hukuman bagi menggantikan hukuman qisas(balas),iatu membayar kepada keluarga harga bagi 100 ekor unta atau harga yang senilai dengannya.(bagi hukuman kerana membunuh separuh sengaja)

Katakanlah harga seekor unta ialah RM4000.Bermakna 100 ekor unta bernilai RM400 000.Banyakkan..? Itulah nilai yang perlu dibayar oleh penjenyah kepada keluarga untuk keluarga mangsa gunakan untuk menampung pembelanjaan seharian.
Tapi mat rempit itu manalah ada duit sebanyak itu.Betul tak..?Lainlah kalau mat rempit ni jutawan...Tapi kalau difikirakan,buat ape jutawan nak jadi mat rempit..?hmm..Maka tanggungjawab itu akan dipertanggungjawabkan bersama oleh ibu dan bapa atau ahli keluarga mat rempit itu.Lihatlah betapa indahnya agama islam.Dengan cara ini menyebabkan ibu bapa atau ahli keluarga sepatutnya lebih bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka.Kawal gerak geri mereka.Kalau dapat tahu anak kita suka berlumba,kuncilah motosikal mereka dan bersikap tegas terhadap mereka.

Okey,katakanlah setelah dikumpulkan bayaran denda hanya mampun mencecah RM200 000 sahaja.Bermakna kurang lagi RM200 000.Maka,jalan terakhir adalah pihak baitumal akan dipertanggungjawabkan untuk menampung baki bayaran denda tersebut.Nah,sekali lagi menunjukkan bahawa agama islam,merupakan agama yang cukup bertoleransi dan penuh berhikmah.Keadilan mampu ditegakkan dengan tertegaknya undang-undang Allah.Undang-undang Allah menjaga semua pihak.Tak kiralah dia pihak pelaku kesalahan ataupun keluarga mangsa sendiri.Kedua-dua pihak tersebut akan dibela..:)

Tetapi,bagaimana pula dengan undang-undang manusia? Siapa sebenarnya yang akan terbela berdasarkan kes dan akta undang-undang diatas..?Mungkinlah sebulan dua dapat pampasan insuran..tak pun duit ihsan oleh yang prihatin.Adil ke macam tu..?Bagi saya itu sungguh Unfair!!!
Kita tak perlu takut pada hukuman hudud Allah,sebenarnya.Sebaliknya kita perlu takut untuk melakukan kesalahan yang bakal dihukum dengan hukum hudud Allah..:)

Sekian..Assalam..😉😏

تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا ۚ وَمَنْ يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ - See more at: http://www.alim.org/library/quran/ayah/compare/2/229/laws-relating-to-divorce#sthash.VJafGJEo.dpuf

تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا ۚ وَمَنْ يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ - See more at: http://www.alim.org/library/quran/ayah/compare/2/229/laws-relating-to-divorce#sthash.VJafGJEo.dp



Thanks For Reading !


PAST
The star owner

Assalamualaikum. Welcome to my blog. Here, i pour my heart feeling ^_^

WeChat here

Sweet Memories

Archive

CREDIT SECTION


Full Edit by: @esharky_
Owner blog: Your Name
Edit:HB